We are nothing

Bismillahirrahmanirrahim,
Bukankah pernah datang kepada manusia suatu masa, yang pada ketika itu belum dikenali.
Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang Kami mengujinya, kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat

Al-insan: 1-2


Pernah suatu masa dulu, manusia ni sedikit pun tak disebut. Tak disebut namanya, hartanya, pangkatnya, jiwanya malah perkataan "manusia" pun tak wujud lagi. Even langit dan bumi pun wujud sebelum manusia. "Allah menjadikan untukmu segala apa yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna, dan Dia Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu" 2:29

Allah turunkan ayat ni sebab nak hancurkan semua kesombongan dalam hati manusia, dalam hati seorang daie. Allah nak ingatkan kita yang kita sebelum ni takda apa apa pun, we are nothing. Tapi manusia sombong... Sombong dengan Allah

"Takda masa la nak baca quran"
"Ngantukla nak qiam lama2"
"Cukupla kot amal aku ni"
"Penatnya dengan dakwah ni"

Berkira dengan semua benda. Berkira2 nak bangun awal, berkira nak spend lebih masa untuk Allah, rasa diri bagus, cepat berpuas hati dengan amal yang sedikit. Masa pun Allah yang kasi kita, tapi kenapa kita nak luangkan masa sikit untuk Allah pun susah. Lebih cepat tunduk pada hawa nafsu, pada keinginan diri, pada jahiliyyah yang dah melekat lama. Bila penat, tido. Bila busy, tak sempat baca quran. Bila kerja menuntut, solat pun kadang tak settle. Sedangkan Allah cakap, you are nothing! Nothing. Kalau Aku tak cipta kau, kau takkan wujud pun kat sini. Who are you not to give anything to Allah? Siapa kita nak cakap tidak pada Allah? Alasan apa lagi yang layak kita beri pada Allah untuk tidak berbuat. Malu kan, sampai Allah kena ungkit balik benda ni. Sampai Allah terpaksa ceritakan balik pada kita betapa useless dan hopelessnya kita suatu masa dahulu. Kalau tidak kerana Allah, takkan la kita berada di sini harini. Tapi kita? Masih sanggup untuk tawar menawar dengan Allah :( 

Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang Kami mengujinya,..

Kemudian Allah ingatkan semula yang Allah ciptakan kita, sepatutnya automatically timbul perasaan kehambaan yang tunduk dan taat kepada Allah. Satu lagi penegasan untuk emphasize yg kita ni memang takda apa2, we are just a slave to a very powerful God. Nutfah. Allah ciptakan kita dari mani, yang lagilah takda apa2. Sedangkan ayam pun taknak patuk tanah yang ada air mani. Tapi macam mana dari sejenis liquid kotor tu boleh terbentuknya manusia yang sangat cukup sifat dan ruhnya. Banyak kali Allah ingatkan we are nothing, tapi kita masih mampu untuk mengingkari Allah. Aduh malunya

Dan terus Allah sambung dengan tujuan penciptaan kita-- untuk diuji. Manusia bila diberi mindset akan diuji, akan prepare gila2 untuk hadapi ujian. Stay up bertemankan coffee dan pelita, sanggup ponteng usrah daurah, sanggup tak makan tak tido, sanggup skip qiam dan quran, tak keluar buat dakwah. Hanya sebab apa? Sebab takut pada ujian yang bakal dia hadapi. Kita rasa benda tu pasti dan memang akan datang, maka kita bekali diri kita. Tapi Allah cakap, kamu dicipta untuk diuji. Maka, Allah sebenarnya "sedang" menguji kita. It's a 24 hours test. Tapi, kita tak act macam sedang menghadapi ujian pun. Masih boleh bermain2 dan bergurau senda dengan kehidupan dunia masing2

Manusia, kalau lalui tempoh probation, tak kisah la apa2, kerja ke or anything, akan sangat conscious dengan setiap amal kita. Sangat berhati2, jaga akhlak, jaga tingkah laku, pijak semut pun tak mati. Sebab kita tahu kita sedang diuji dan dinilai. Kita tahu kita sedang diawasi oleh seseorang yang sedang melihat. Kalau kantoi, kena pecat. Kalau silap step, kita dikira gagal dalam tempoh ujian. 

Another contoh, "zon perangkap had laju". Sebab kita tahu ada camera yang sedang melihat kita, automatically kita akan slow down. Yang lane laju belah kanan pun tiba2 boleh pandai drive perlahan. Tapi bila dah lepas kawasan tu, terus pecut balik. Kenapa? Sebab ada conscious mind kita sedang diawasi dan diuji. Kalau gagal patuhi, kena saman. Tapi, kenapa kita tak boleh apply benda yang sama dalam kehidupan sebenar. Kita sedang duji. Kita sedang dinilai oleh Allah. Allah 24 jam sedang awasi kita. Tapi kita berlagak macam hidup ni aku yang punya. Tak pernah peduli pun apa yang akan jadi pada kita kalau kita gagal ujian Allah.

Ujian Allah akan datang, sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada ujian tu menjauhkan atau mendekatkan kita dengan Allah. Allah tak zalim, Dia uji kita atas kesempurnaan yang Allah dah beri pada kita. Sami' dan basir ialah kelengkapan paling asas untuk hadapi ujian. "Kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat". Cukup dua ni untuk bantu kita survive. Oh, ada satu lagi Allah cerita dalam ayat 3. 





To be continued...

Comments