The Power of Dua
Drama hilang file kontrak yang berisi surat lantikan semula kontrak. Perasan hilang since hari jumaat, so misi pencarian bermula. Cari kat Medina takda (read: Rumah Islam), satu rumah pusing tak jumpa. Geledah kereta sendiri pun takda, sampai cari kat kereta akhawat yg memang impossible utk ada kat situ tp nak cuba nasib je, mmg takda. Balik rumah kat Shah Alam (terpaksa redah PKP lalu abam polis), pun takda. try cari kat Fastabiq (read: another RI), pun tak jumpa. Cuba pulak cari kat hospital. Kat ward, ofis, ED, semua kaunter, bilik oncall, bilik sister, semuaa dah keluar masuk tp tak jumpa jugak. Rasa mcm banyak round jugak pergi tempat sama utk cari tapi takda. Belek2 semua file satu2 takut terselit kat mana2, tp hampa. Dah bukak computer tgk kat download pun takda, padahal print dari computer patutnya dia save la kan
Masa tu mmg dah give up. Call KKM banyak kali tak angkat2. Dlm hati dah sangka buruk dah dengan Allah. Banyak berkalau2, mmg dah redha dah kalau kena terminate. Rasa banyak sgt ke dosa aku sampai Allah hijab mcm ni sekali
Pastu Allah gerakkan hati utk google doa nak cari barang yg hilang. Tp jumpa doa kalau barang kena curi, masa tu dah rasa hm boleh berkesan ke baca doa ni sbb file tu tak kena curi pun, rasa mcm misplaced je. Tp takpala try je la baca, tk susah pun. Doa dia simple je, baca fatihah 7 kali, al ikhlas 7 kali, ya Allah 3 kali, ya hafizu 120 kali, and satu doa pendek utk Allah pulangkan balik barang yg hilang.
So baca la doa tu. Tktau kenapa bila baca rasa sedihh sangat. Rasa mcm nak letakkan tawakal kat Allah je, nk serahkan urusan semua kat Allah. Biarlah apa nak jadi sekalipun, nak wakilkan pada Allah je utk tolong. Rasa tak mampu, rasa sgt perasaan hamba yg tak punya apa2 kuasa. Dah lama tk rasa mcm ni bila berdoa. Betul lah manusia ni akan bersungguh doa bila dalam kesusahan je. Malu nak mintak kat Allah. Tp tahu Allah je yg boleh tolong at this point bila manusia lain pun tak mampu nk tolong apatah lg diri sendiri. Masa depan milik Allah, and Allah je sebaik2 penentu segala takdir
Lepas baca doa ni tiga round, rasa lega and tenang sikit. Mcm lepas satu beban walaupun file tu tk jumpa pun lg. Sebelum balik rumah try pusing satu lg round dalam ward. Tktau kenapa mmg confident file tu ada somewhere in the ward. Dah masuk semua bilik, belek lagi semua file mmg tak jumpa. Terduduk la depan computer utk sekian kalinya. Staff nurse pun dah runsing tengok keluar masuk pusing sana sini bukak semua laci, tp dorg pun tk nampak jugak file tu.
Sekali sister masuk, tnya la kat sister. Ada tak nampak saya punya file dalam tu ada surat kontrak saya? Tk berharap pun sbnanya utk sister nampak. Tp ditakdirkan Allah, sister cakap, "oo haa ada haritu doctor tertinggal, sy simpankan". Sambil keluarkan file tu dari celahan file2 ward yg dh berpuluh kali dibelek dari pagi tadi. Bersahaja, just like that. Masa tu tktau nak kata apa. Benda tu depan mata je, and dah sentuh pun tempat tu tapi mmg wallahi tak jumpa langsung tadi. Betul2 kena hijab
Mmg nak nangis je masa tu. Bukan sbb jumpa file tu pun. Tp rasa mcm dah lama sgt tak ditarbiyah direct mcm ni. Mungkin Allah hijab sebab dah lama tk doa sungguh2 kat Allah. Mungkin Allah tak gerakkan hati utk tanya sister awal2 utk nak kita betul2 letakkan tawakal pada Allah semata. Mungkin Allah hilangkan sebab nak suruh kita usaha dan letakkan keyakinan yg kerja kita bukan ditentukan oleh surat kontrak tu pun, tp Allah ar razak yg dah tentukan everything. Allah nak kita rasa the power of dua yg mungkin nampak simple je doa tu, tp how Allah kabulkan depan mata tu mmg subhanaAllah, Allahu akbar, Allah As-Sami'
Never underestimate the power of doa. Doa la banyak2, apa saja niat dan permintaan kita, tak mungkin Allah akan kecewakan. Dah masuk 10 ramadhan terakhir, banyakkanlah berinteraksi dgn Allah, mengadu and mintak lah apa2 dari Allah. Mungkin dia rindu pada rintihan hamba2 Dia.
Dan yg paling penting jangan lupa doa,
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Moga Allah ampunkan dosa2 kita selama ni yg mungkin menjadi hijab utk terima hidayah. Moga Allah bersihkan hati kita sebersihnya supaya kita kembali kepada Allah dalam qalbun salim. Moga Allah matikan kita dalam jalan yg diredhai Allah
اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر
Moga Allah ketemukan kita pada lailatul qadar juga dalam keadaan iman yg terbaik ❤
Al-Mujeeb is the Answerer of prayers. According to al-Ghazali, this means that it is He who responds to the requests of those who ask by assisting them, to the call of those who call upon Him by answering them, and responds to the plight of the poor with all they need. He gives us even if we don’t deserve it. He is not in need of anyone or anything but we are in need of Him. If we don’t ask, then we truly do not know Him, and we are missing out on an amazing act of worship.
Comments
Post a Comment