"Ya Bilal, arihna bi solat"
"Kak, penatnya." Mengeluh pada kakak nurse, baru dapat duduk lepas semalaman settlekan case2 patient.
"Dr, pergi rehat dulu. Solat"
Dalam hati, eh solat? Solat apa? Isyak sempat solat dah tadi, akak suruh pergi qiam ke
Tengok jam, ya Allah 645 dah. Last tengok jam tadi baru pukul 3 pagi 🤦♀️ Lewat dah subuh!! Bila pulak azan, tak dengar pun 😭 Lari masuk surau. "Akak pape call, tapi kalau takyah call lagi elok" mengharapkan takda patient dah nak datang pagi2 ni
Usai solat, baru terasa satu badan ni letih sangat. Faktor umur mungkin, atau memamg tak fit pun badan. Mengeluh panjang, leganya dapat duduk luruskan kaki. Dapat 'borak' kejap dengan Allah.
Benarlah kata Rasulullah, "ya Bilal, arihna bi solat." (Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal).
Kerehatan yang dirasai hanya bila bersama Allah. Pergerakan yang dinikmati bila kerana Allah semata. Doa yang dimaknai bila merasai hanya Allah tempat bergantung harap. Malu sebab kena menghadap Allah dalam keadaan yang sangat penat, kelam kabut kejar waktu, tak all out pun, tapi Allah ada untuk dengar 😭 betapa lemahnya kami ya Allah
Dunia ni, akan sentiasa mengejar kita. Kerja dunia takkan pernah habis, akan sentiasa memakan diri kita, masa tenaga dan emosi. Masa akan sentiasa berjalan, tapi alangkah ruginya kita kalau sibuk dengan dunia, tp lupa kerja hakiki kita mengejar akhirat. Eh, tengok2 dah subuh, nasib baik masih dalam waktu. Jangan pulak nanti bila dah hujung nyawa, eh tengok2 dah nak mati. Waktu tu, tak sempat dah nak bertaubat. Tak sempat nak topup amal untuk bawa jumpa Allah. Tak sempat nak solat banyak2 mintak Allah ampunkan dosa. Nak buat dakwah all out, apatah lagi.
Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Moga Allah ampunkan dosa dan hitung segala mujahadah kita.
#foreverastrugglingdoctor
Comments
Post a Comment