Nikmat wasilah bagi seorang duktur

"Antunna, jadual oncall dah keluar. Saya passive 1hb, acitve 2hb 😭😭"

Benda paling tak suka setiap kali awal bulan is tunggu jadual oncall keluar. Cepat2 cari nama, cepat2 tengok nama oncall clash tak dengan any wasilah- usrah, daurah, tarbiyah diri, tarbiyah adik, etc. And of course, one or two confirm akan terkorban jugak. Tapi usually lepas exchange2 dengan kawan2, alhamdulillah Allah mesti bagi peluang dan nikmat berkali2 untuk attend wasilah without any problem.

But this time around, is different.
Dah block oncall kat tempat2 yang sepatutnya, and last2 oncall kat semua tempat yang kita block
Try nak exchange dengan kawan2 pun semua taknak

Bila orang tak faham kenapa kita sungguh2 nak susun jadual oncall
Kenapa sungguh2 sangat nak block certain2 tarikh, yg memang takleh nak ubah dah
Sebab you are dealing with everyone's tarbiyah, bukan tarbiyah awak sorang je, takleh nak tuntut ikut jadual kehidupan awak
Susun siap2 jadual oncall sebulan awal, to make sure you will not miss anything every month
Tapi, bila orang atasan tak faham (and takkan pernah faham), ada masa memang kena korbankan tarbiyah sendiri

Asal nama doctor je, ada je wasilah2 yang tak dapat pergi. Kadang tak pergi usrah, kadang daurah, kadang daurah adik, kadang liqo' nuqaba, kadang program tajmik, kadang usrah adik pun kena mintak murjem (aseef adik2 😢). Belum lagi masa dengan family, banyak sangat hak2 yang tak tertunai.

Sampai kadang2 terfikir, betul ke apa aku buat ni. Nak buat dakwah, tapi busy selalu. Commitment pun tak boleh bagi, usaha pun takleh all out, apatah lagi nak memberi masa dan tenaga. Should I just quit? Eh kau ingat kerja kau je ke sibuk, orang lain kerja sibuk dah beranak pinak pun still boleh attend wasilah tahu!

Kenapa nak sungguh2 buat semua ni. Kenapa kalau tak dapat apa kita nak, jadi sedih, rasa nak marah. Kalau bukan sebab dakwah dan tarbiyah mesti tak kisah pun nak oncall bebila pun. Kenapa nak bagi masa untuk semua ni. Takda bayaran pun, takda paksaan pun. Kalau tak attend pun, bukan sebab sengaja, akhawat mesti faham

Tapi, orang yang betul2 faham je akan faham kenapa.
Orang yang pernah rasa mati je akan tahu apa yang sebenarnya memberi kehidupan pada diri dia
Sebab hanya dakwah yang mampu berikan kehidupan pada jiwa yang mati
Yang mati kerana dunia, mati kerana tuntutan kerja, mati kerana dikelilingi sistem jahiliyyah


"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu. Ketahuilah bahawa Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNya lah kamu akan dikumpulkan."
Al-Anfal 8:24


Dan kehidupan tu, hanya boleh dirasai melalui dakwah dan tarbiyah. Hakikat kebahagiaan bila bersama dakwah. Takda kehidupan yang lebih best dari mengejar kehidupan akhirat yang hakiki. Walaupun selalu rasa susah, sedih, never ending mujahadah, tapi itulah manhaj kebahagiaan yang Allah selalu cerita dalam quran. Fight la macam mana pun, they will never understand you. 

But you, yourself kena faham satu hakikat

Hakikat bahawa dakwah bukan semata pada wasilah saja. Allah ajarkan kita untuk nampak dakwah dalam semua sisi kehidupan kita. Tak salah fight untuk tarbiyah, memang perlu pun. Tapi jangan lupa fight untuk jiwa kita juga. It deserves to live, bukan through wasilah, tapi melalui kehidupan. 

How you respond
How your react
Macam mana awak redha dengan Allah
It all matters
It's Him behind all this, remember.
Dan Allah, tak pernah tak adil dalam menyusun kehidupan hambaNya
Tak pernah salah dalam merencana hari2 kita
Yang salahnya ialah neraca kita

Bila kita lihat pada neraca Ilahi, pasti ada kebaikan yang sedang Allah nak berikan

Mungkin yang Allah redha pada waktu tu is waktu kita di hospital, bukan waktu kita mengisi pun. Bukan waktu kita bersama adik2, bukan waktu kita membuka buku fikrah. Mungkin hati kita yang paling ikhlas bila kita jumpa patient, trying all out to help them. 

Walaupun sebenarnya, hakikatnya memang kerja dakwah ialah satu kerja yang paling Allah redha, kerja menyampaikan islam, kerja membawa manusia kepada cahaya. Hakikat ni tak boleh dinafikan, tak boleh dipertikaikan, apa jua alasan mahupun ujian yang datang untuk menghalang kita.

Dakwah is kehidupan. Awak hidup untuk dakwah. Awak mati untuk dakwah. Everything you do is for dakwah. For Allah. Untuk syurga. Not for anyone else, not to please your bosses, your colleague. But to please Allah. 

Kerja kita pun dakwah jugak. Don't do it wrong, jangan sekularkan kehidupan. Jangan matikan jiwa pada ujian dunia. Sebab ia takkan pernah berakhir. Awak boleh all out untuk dakwah, kenapa choose untuk rebel when it comes to work? Boleh tersenyum lebar bila pagi2 nak pergi daurah, kena choose untuk bermasam muka bila kerja lebih menuntut? Redha atau tak, still kena lalui. Pilihlah untuk laluinya dengan hati yang paling ikhlas, takut2 Allah tarik nyawa kita saat kita sedang berhempas pulas oncall di hospital tu. Dan rugilah, kalau kita mati dalam keadaan yang marah dan tidak redha.

For a doctor, attending wasilah, jumpa akhawat, dapat duduk bersama adik2 ialah nikmat paling besar. Setelah berhari2 struggle di hospital, you just need a break to focus on your tarbiyah. Tapi bila nikmat tu pun ditarik, tolong ajarkan diri ini untuk ikhlas.

Comments