Ajari diri untuk ikhlas



"Boleh jadi apa yang kita buat tu baik je, tapi yang salahnya ialah pada pelakunya."

"Maksudnya?"

"Tengok balik pada keikhlasannya, keihsanannya, kesungguhannya. 
Untuk siapa dia berbuat. 
Ada terselit kepentingan diri tak? 
Ada tampalan duniawi? 
Ada nak puaskan hati mana2 manusia? 
Ada rungutan dan keluhan? 
Keadaan hatinya bagaimana?
Buat dalam keadaan terpaksa mahupun rela hati?"

Kerana pada itu semua, terletak keberkatan dan pertolongan Allah. Hanya layak untuk orang2 beriman.
Dan ternyata, masih jauh lagi untuk mencapai tahap itu. Dalam tangan ini terus bergerak, hati terlalu banyak perlu dibersihkan. Dan Allah memutuskan, untuk menahan lagi kemenangan. 

Allahumma faghfirli 😔😔

Comments