Allah Al Aleem

Pernah tak rasa macam nak freeze the time and taknak masa ni terus berjalan
Nak stay je kat sini, sebab takut sangat dengan future, masa depan yang sangat unexpected and unpredicatable
Rezeki, family, amal, sihat ke tak, ntah hidup ke mati pun kita tak pasti
Makin besar, makin banyak commitment, makin berat rasa nak lalui hidup ni

Makin banyak refleksi pada amal
30years old, thirty years! 
Dah buat apa je tiga puluh tahun hidup ni
Mana yang lebih berat, amal baik ke amal jahat
Agak2 malaikat raqib atid sakit hati tak nak catat amal2 yang tah pape ni
Agak2 langit dan bumi ni tak sabar2 tak nak terbalikkan manusia yang makin lama makin degil ni

Sampai rasa bestnya kalau mati masa kecik2 dulu, mati dalam keadaan suci bersih takda dosa pun
Confirm masuk2 syurga, kat dunia tak sempat rasa ujian2 dewasa ni
Hidup masa kecik takda pape pun, tahu makan nangis tido main je

"Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"
An Nahl:78

Allah mention dah dalam quran, kita lahir ke dunia dalam keadaan tak tahu apa2. Tidak mengetahui sesuatu pun
Eh dah besar ni rasa macam tau macam2 pulak

Tahu sebenarnya hidup ni ada tujuan, tahu sebenarnya ada tuhan yang tengok and jaga kita
Tahu yang dunia ni tak selamanya akan ada, dan yang kekal bahagia tu kat akhirat
Ni lah benda paling best untuk tahu
Macam mana dari kita tak tahu boleh jadi tahu banyak benda?

Masa baby, nak sebut nama pun taktau
Nak  bagitau mak tengah lapar pun taktau nak sebut macam mana. Tau keluarkan suara nangis je

Tapi Allah cakap, by time, we acquire knowledge through tiga benda
Mata
Telinga
Hati

Benda ni yang Allah kasi untuk kita memahami dan pelajari apa yang berlaku sekeliling kita
Makin kita besar, makin banyak kita tahu
Why?

Sebab makin banyak kita lihat. Makin banyak kita dengar. And makin banyak kita rasa dan faham
And kita choose macam mana kita nak interpret all these things
Boleh jadi sekarang kita taktau satu benda, tapi bila benda yang sama jadi in the future, kita dah tahu dah pasal benda tu
Sebab kita dah pernah experience and dah faham

Tapi bila kita dah tahu banyak benda, tak semestinya kita tahu semua benda
Akan ada je benda yang kita selalu taktau
Tapi Allah still suruh kita guna mata telinga dan hati untuk cuba faham apa yang ada di sekeliling kita

Faham
Amal
Dan, bersyukur

Sebab after all, akal kita still ada batasnya
Ada benda yang kita tak faham and takkan pernah faham
So, jangan act macam kita tahu everything
Admit yang kita taktau, anda saat tu la kena kembalikan everything kepada keyakinan dan keimanan kepada Allah

Kita takkan mampu nak tandingi sifat Allah Al Aleem
Allah Maha Mengetahui
Allah The All Knowing

Allah tahu everything yang kita taktau
He knows what is and what could be
What was and what could have been
He comprehend everything by knowledge
Yang zahir dan yang tersembunyi
Permulaan dan pengakhiran

Manusia tahu something through apa yang kita nampak and experience
Tapi pengetahuan Allah takda permulaan atau endingnya, and is not based on trial and error

"Dan kunci-kunci semua perkara ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahuinya selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan apa yang ada di laut. Tidak ada sehelai pun daun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz)"
Al An'am:59

Allah tahu daun yang gugur
Dia tahu semua yang ghaib
Dia tahu apa ada dalam hati kita
And Dia tahu apa yang kita sedang lalui, saat kita sendiri pun clueless dengan diri sendiri

Kita selalu boleh faham based on apa yang kita nampak, tapi secara dalam dan disebalik apa yang berlaku tu, kita takkan tahu apa2
Tapi kita selalu act like we know everything
Seolah2 kita tahu apa yang terbaik untuk kita
Seolah2 kita tahu takdir macam mana yang sepatutnya Allah bagi pada kita
Ujian macam mana yang kita patut dapat
Rezeki macam mana yang sepatutnya kita rasa
Hakikatnya, tidak sama sekali

Tapi, 
Allah tak zalim.

Allah tetap beri kita ilham dan pancaindera supaya kita tak lost dan terpinga2 dengan kehidupan ni
Mata, telinga dan hati
Tiga benda yang kita selalu salah guna, and tak guna sebaiknya

Sejauh mana apa yang kita nampak depan mata mengembalikan kita terus kepada Allah
Sejauh mana apa yang kita dengar membantu iman kita
Sejauh mana hati kita, kita guna betul2 untuk memahami dan menghayati ilmu2 Allah

If yes, then Allah akan bantu kita untuk nampak sesuatu ikut neraca Allah
Letakkan tawakal sepenuhnya kepada Allah,
Sebab Allah tahu apa yang kita tak tahu
Yakin pada Allah yang sentiasa akan memberikan yang terbaik untuk dunia akhirat kita

Dan saat itu, hati kita akan mula merasa tenang untuk menerima segala apa yang berlaku dalam hidup kita, selagimana kita bertuhankan Allah

Teringat kata2 An Nabulsi,
"Allah possesses all knowledge
He does the proper thing in the proper way in the proper place and the proper time"

Siapa kita sebagai hamba untuk meragui Allah bukan? Kerana tangannya yang menyusun sudah tentu jauh lebih baik dari sangkaan kita

💓



Comments