Cukup obses tak dengan dakwah?


 "Macam mana ya untuk terus obses dengan dakwah especially saat kita selalu diuji? Macam mana nak jadi daie yang kebal dengan ujian?"

Soalan ni, soalan yang ditanya adik masa sesi Muntalaq, tengah go through bab kewajiban dakwah
Sesi menusuk kalbu setiap minggu, heartshot sana sini dengan syeikh muntalaq punya kata2
Kata2 yang penuh kebenaran, dan terasa beratnya untuk dipikul
Once kita dah bergelar daie, maka hakikat tu perlu dibawa bersama, hakikat jalan dakwah

Soalan tu buat diri ni terfikir sejenak
Eh, aku pernah tertanya soalan yang sama, tapi tak pernah dapat jawapan 

Macam mana nak obsess dengan dakwah
Macam mana nak intima' dengan dakwah
Seluruh kehidupan kita adalah dakwah? Betul ke kita rasa benda ni
Betul ke kita nak mati dalam dakwah
How?

"Kita kena banyak invest dalam dakwah. Lagi banyak kita memberi, kita akan lebih merasai kita part of dakwah"

Cukup padu jawapan ust. Nak obses dengan dakwah, bukan sekadar bermain dengan hati dan perasaan. Tapi dia memerlukan amal dan praktikal

Macam orang bisnes, dia akan invest banyak sangat untuk bisnes dia. Once dan invest, ofcourse kehidupan dia akan preoccupied dengan bisnes tu. Sebab dia dah give everything, dia dah put a lot for that particular thing, so seluruh perhatian dia akan fikir pada benda tu. Dan kat situlah akan terjadinya obsesi terhadap satu perkara

Nak main netball, kita takleh selamanya jadi backup player. Duduk di tepian menyokong dari luar gelanggang. Tak sama perasaan dia dengan main player yang besungguh2 masukkan bola dalam jaring, jaga kaki jangan kasi gerak, jangan masuk kawasan orang lain, all out sepenuh tenaga untuk menang. Bila dah menang, backup player akan menang jugak sebab dia part of team, tapi perasaan dan ganjarannya akan berbeza. Sebab dia menang bukan atas usaha dia, tapi atas usaha orang lain. Dan kemenangan yang dia rasa, hanyalah menumpang nama atas usaha orang lain

Islam juga Allah dah janjikan kemenangan
Whether we're part of it or not, islam akan menang
Graf akan naik
Kalimah Allah akan tertegak semula di muka bumi
Orang akan pandang islam as satu agama yang benar

Tapi yang membezakan, kita nak jadi part of it atau kita hanya nak menumpang kemenangan islam 

Kalau kita tak obses dengan dakwah, kita akan obses dengan benda lain
Apa yang kita selalu fikirkan setiap hari
Usaha kita banyak disalurkan kemana
Masa kita, tenaga kita, harta kita, banyaknya untuk apa
Untuk dakwah atau yang selainnya?

Nak hidup untuk dakwah, kena banyak memberi
Tenaga harta masa emosi jiwa perasaan, malah keseluruhan diri kita untuk dakwah
Sehingga takda apa yang tersisa untuk diri kita sendiri
Semuanya untuk Allah
Dan akan terlahirlah, obsesi utk dakwah
Sebab yang kita fikirkan setiap hari adalah dakwah

Kerja, dakwah. Family, dakwah. Study, dakwah

Kita kena jadi main player untuk dakwah, takleh duduk kat tepi2 je
We don't need your physical presence, but we need each and every part of you

"Buat dakwah bukan sekadar balas dengan emoticon dan sticker dalam group whatsapp"

Haha nangis lagi

Besar sebenarnya dakwah ni, kalau kita betul2 faham erti sebenar dakwah
Para daie sekalian, cuba tanya balik diri kita, betul ke aku dah serahkan diri kita sepenuhnya untuk jalan ni. Ada lagi tak benda yang kita masih simpan untuk kepentingan diri kita sendiri

Dulu first time dengar perkataan dakwah pun dah terasa berat ya amat
Baru dengar, tak buat pun lagi
Tak buat sungguh2 pun lagi, pun masih terasa berat

Apatah lagi rasul dan para sahabat yang betul2 all out buat dakwah
Dalam surah abasa, Allah tegur rasulullah dalam kisah abdullah ummi makhtum
Allah tegur nabi semasa dia sedang all out buat dakwah
Allah tak tegur nabi sebab dia tak buat dakwah, tapi Allah tegur cara dia
Allah ajar untuk ubah neraca pada siapa yang selayaknya didakwahi, pada siapa yang sepatutnya didahulukan tarbiyahnya
Orang yang paling sungguh2 buat dakwah pun ditegur dan dibetulkan, agak2 orang yang tak buat dakwah macam mana pulak?

Dalam buku Fiqh Dakwah Jumuah Amin, ada cakap,
Para duat sepatutnya tahu bahawa destinasi keseluruhan manusia bergantung kepada rasul2 dan pengikutnya yang selepasnya
Ha? Maksudnya?

Pengakhiran manusia yang lain terletak pada bahu kita. Siapa kita? Kitalah, para daie
Kenapa pulak kan?
Sejauh mana kita menyampaikan dakwah kepada orang lain, sejauh tu lah apa yang sampai kepada mereka akan menentukan kebahagiaan dan kesengsaraan mereka di dunia, juga di akhirat
Pehh berat betul ni

Para rasul dulu semua tahu and rasa betapa besar dan betapa beratnya apa yang mereka dipertanggungjawabkan.
Sebab tu Allah cerita pada kita, kisah2 kesungguhan mereka dalam dakwah
Supaya kat akhirat nanti, takda siapa akan dakwa kita, takda siapa akan tuntut hak mereka pada kita
Supaya keculasan kita dalam dakwah tak menjadi asbab kita untuk jauh dari syurga Allah, nauzubillah

Patutnya kita kena rasa benda yang sama
Beratnya beban dakwah yang kita bawa ni
Bukan beratnya dunia, beratnya masalah, beratnya emosi
Dakwah ni dah bukan pasal diri kita dah, tapi tentang semua umat
Buat dakwah bukan untuk selamatkan diri sendiri je, tapi kita aim nak selamatkan semua orang

Nak jumpa semua orang dalam syurga semula kan? 
Tempat yang tak perlu susah payah, takyah resah gelisah, takyah penat lelah
Tempat yang hanya ada kebahagiaan dan ketenangan yang takkan pernah habis

Takpa, susah kejap kat dunia. Sebab nak masuk syurga tu susah.

And tau tak apa yang paling best dalam dakwah ni?

"Allah memuliakan umat Islam dengan meletakkan mereka bersama para rasul-rasul dalam menjalankan tugas dakwah"
Muntalaq, Bab 4

😭😭😭😭😭😭

Allah memuliakan kita dengan meletakkan kita bersama para rasul dalam menjalankan tugas dakwah
Kemuliaan ni lah yang akan menggembirakan para daie, bila Allah keep on memilih kita untuk berbuat dakwah
Jangan mengeluh kalau kita asyik kena buat kerja dakwah, sebab saat itu Allah sedang memilih kita

Tapi, keluhlah saat tuntutan dakwah kita makin berkurang. Resahlah saat Allah sedang tidak memilih kita. Saat Allah memberikan kita kesenangan dan kerehatan yang banyak, mulalah untuk risau. 
Takut2 Allah sedang nak jauhkan kita dari jalan ni
Sebab bukan semua orang yang Allah pilih
Bukan semua orang yang mampu buat kerja dakwah
Kita pun sebenarnya tak mampu, tapi tiada daya kekuatan dan kemampuan melainkan yang dipinjamkan oleh Allah untuk kita terus bergerak dan berjuang
Buktikan pada Allah pilihan Allah tak salah
Teruskan usaha untuk melayakkan diri atas pilihan Allah

Moga kita terus menjadi pilihan Allah, untuk merasai obsesi dalam dakwah yang penuh dengan cinta


💓

Comments