Something is about to shine
Mengapa manusia sering diuji? Kerana sedikit sekali orang yang sabar dalam menghadapi ujian yang berbentuk kesenangan dan kenikmatan. Kerana kemakmuran itu mudah menjadikan kita lupa, kesenangan menjadikan kita lalai, kekayaan menjadikan kita sombong dan lupa diri, sekaligus menjadikan kita manusia yang melampaui batas. Lantas, kita diuji.
Allah menceritakan kisah suatu kaum di dalam Al-quran, kaum yang digilirkan ujian dan kesenangan untuk mereka,
"Dan kami tidak mengutus seorang nabi pun kepada sesuatu negeri, melaikan Kami timpakan kepada penduduknya kesempitan dan penderitaan agar mereka tunduk dengan merendahkan diri. Kemudian Kami ganti penderitaan itu dengan kesenangan sehingga keturunan dan harta mereka bertambah banyak, lalu mereka berkata, "Sungguh, nenek moyang kami telah merasakan penderitaan dan kesenangan," maka Kami timpakan siksaan atas mereka dengan tiba-tiba tanpa mereka sedari. Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan, maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan."
Al-A'raf 7:94-96
Kaum dulu, mereka ada kepercayaan yang bilamana Allah datangkan penderitaan dan ujian, mereka akan ambil benda tu as satu azab dan kemarahan Allah. Sebab tu ada ayat yang dia cakap, "sesungguhnya, nenek moyang kami telah pun merasai penderitaan dan kesenangan."
Mereka merasai semua yang berlaku adalah secara kebetulan, tanpa ada maksud di sebaliknya. Tanpa ada hikmah, mereka tidak mengambil benda tu as satu ujian, tapi sesuatu yang nenek moyang mereka telah pun lalui, dan merasakan semua benda terjadi tanpa ada sesiapa yang tentukan.
Sedangkan setiap penderitaan dan kesenangan yang kita dapat, memang Allah dah susun cantik untuk kita. Keadaan akan berganti, untuk mereka yang nak mencapai level iman dan taqwa. Hidup seperti roda, bak kata orang tua dahulu. Kadang kita di atas, kadang kita jatuh ke bawah.
Tapi, yang Allah nak lihat ialah bagaimana respond kita kepada ujian dan kesenangan tu. Penderitaan sepatutnya mengeluarkan sisi kebaikan yang masih tersembunyi dalam diri kita, bukan untuk keluarkan sisi negatif. That's how we should respond. Sebab tu ujian meningkatkan darjat kita, dan dapat buat manusia ni tunduk dan merendahkan diri kepada Allah
Sampai tahap kita mendapat ketenangan dan kelapangan, dan di dalam janji Allah kita mendapatkan kegembiraan. Dan tatkala itu Allah menggantikan kemelaratan dengan kemakmuran, kesulitan dengan kemudahan, penderitaan dengan kenikmatan, ketakutan dengan keamanan, dan pada hakikatnya semua ini diperoleh melalui ujian.
Kerana jalan cerita hidup kita sudah ditentukan oleh Allah, tinggal kita untuk melakonkan semula watak yang telah Allah tuliskan.
"Kecintaanku kepada Allah telah memudahkanku dari setiap musibah dan menjadikanku redha dengan setiap ketentuan. Aku tidak peduli dengan apa yang menimpaku di pagi dan petang hari ketika aku telah mencintaiNya" -Umar bin Abdul Qais ♡
Comments
Post a Comment