Tarbiyah itu satu proses
Allah Al-Faliq, Allah Yang Memecahkan, Allah Yang Membelahkan.
"Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam utk istirahat"
Al-An'am:96
Allah memberikan kita matahari yg terbit slow2 dari bawah smpai ke atas. Dari gelapnya malam, slow2 langit makin lama makin cerah dgn kehadiran matahari. Klu la Allah tak buat mcm tu, mesti kita takkan dapat menikmati cantiknya sunrise. Mesti kita takkan pernah appreciate kecantikan matahari. Sebab matahari paling cantik suasana dia bila dia terbit dan terbenam
Matahari klu dah kat atas kepala buat kita sakit mata kan. Bestnya Allah bila dlm transition dari gelap ke cahaya, ada satu kecantikan yg kita boleh nikmati dan syukuri
Mcm tu lah jugak kehidupan kita, kadang2 proses dari kegelapan kepada cahaya pun memerlukan masa yg panjang jugak. Utk Allah membelahkan segala al-falaq2 kita, ujian2 dan halangan2 kita, utk membolehkan kita menikmati cahaya dari kegelapan, kemudahan dari semua kesusahan2 kita, kita tak boleh nak expect utk Allah terus bagi jalan keluar kpd kita.
Sgt perlukan kesabaran dari kita, sbb fitrahnya manusia sgt gelojoh, nak benda yg cepat, nak Allah bagi penyelesaian cepat2. Tp sbnanya dlm kita tak sedar, dlm Allah sedang mengubah fasa kita dari gelap kepda terang, mungkin ada benda yg kita terlepas dan lupa utk syukuri. Mungkin Allah sedang membentuk diri kita dgn kecantikan sabar, kecantikan akhlak, kecantikan iman dan keyakinan kpd Allah. Sepertimana kecantikan matahari yg perlahan2 terbit utk menerangkan kegelapan bumi kpd satu cahaya yg sgt terang
Klu kita terus dpt kesenangan dari kesusahan, takdala kita boleh belajar erti mujahadah dan indahnya sabar kan. Banyak tarbiyah yg Allah nak ajar pada kita dlm perjalanan kita menuju Dia. Banyak juga ujian yg Allah akan bentangkan utk kita, supaya kita dpt jadi seperti yg Allah nak. Hidup tanpa ujian tak best kan? Kuncinya, sabar dan yakin dgn proses Allah untuk membentuk kita
Kerana tarbiyah bukanlah satu proses pembinaan yang mudah.
Comments
Post a Comment