Expiry date

 


Penyumbang kepada kenaikan stress score minggu ni 😅 Tak penat ke dunia ni asyik kejar manusia tak henti2. Kita yang stress, semput, sesak, rasa nak pengsan. Masuk kerja tengok patient, in between buat kerja2 admin. Settlekan paperwork, buat minit mesyuarat, call, email orang sana sini, meeting, meeting dan meeting, kalah perdana menteri. Turun naik menghadap orang ofis, setiap hari kena kejar, dah siap belum tu, dah siap belum ni. Due date semua kena kejar. Bila tak siap, apa yang dapat? Slow and no progression, haha as usual. Dah lali dah dengan kritikan begitu 😂 

Paling stress, kena bawak balik kerja. 

Sampai akhawat tegur, "saya nampak awak ni asyik berkepit je dengan laptop awak". Padahal dulu bukak laptop sebulan sekali pun tak tentu lagi :( 

Setiap hari kena berperang nak buat kerja hospital ke nak kena study bahan fikrah. Homework daurah lagi, nak prepare usrah adik, hafazan sendiri, semua pendingggg. Tapi at the same time, kerja hospital tu menghantui diri. Tiba2 kekeliruan priority kat mana, kerja ni lebih menjadikan kita hamba Allah ke hamba sistem 

Diuji sungguh dengan neraca dan respon. Memang nampak macam robot, tapi lupa disebaliknya ada pembinaan untuk kita. Pentarbiyahan Allah melalui sisi yang berbeza. 

Allah nak bina sabar kita
Ikhlas kita
Ihsan kita
Kesungguhan kita
Niat kita
Mujahadah kita

Allah taknak tengok pun hasil kerja kita, tapi proses tu yang Allah nilai. Macam mana pun, kerja tu kena selesai jugak, kalau tak habislah kena kejar dengan pengarah. Tapi at the end ada tak kita menjadi hamba yang lebih tunduk, atau kita jadi manusia biasa yang hanya rebel pada sistem, dan akhirnya memakan diri sendiri

Teruslah berpegang kepada apa yang selama ni menghidupkan kita (read: dakwah dan tarbiyah), kalau tak jiwa kita akan tewas dengan benda yang mematikan

Jangan asyik mengejar due date kerja dunia
Sedangkan due date kematian kita sedang mengejar kita tanpa sedar

#kerjadoctorkekerjaadmintu
#menjadihambaAllahbukanhambasistem

Comments