Slow and no progression


"Slow! No progression. I dont see any improvement in you."
"You are not growing! Awak ni takda cita2 ke"

Ewah.

Episod harini pulak-
"Awak ni tak bersungguh la mayang"
"Kenapa lambat sangat buat kerja"
"Awak ni kontrak je kan, ingat tu ye"

Wah. Terguris hatiku bila disentuh2 isu sensitif. Apa kontrak itu terlalu hina di matamu. Atau bila kontrak boleh diperlakukan sesuka hati. Bukankah yang lebih penting itu ialah kontrak perjanjian kita dengan Allah? Tapi, di mata manusia, kontrak itu satu penghinaan semata. Kontrak takkan bawa kita ke mana, definisi kejayaan didasari atas dasar pangkat dan jawatan. Bukankah apa yang dinilai Allah itu taqwa?

"Alastu birobbikum, qolu bala syahidna."
Bukankah Aku ini Tuhanmu? Betul, Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi.
7:172

Senyum kambing dan cuba menahan emosi. Nasib baik pakai mask, kalau tak terserlah akhlak seorang daie yang tercalar dek kerana kata2 itu. Taknak pertahankan diri, mungkin juga ada betulnya dalam nilaian mereka.

Susahnya untuk mengharap pandangan Allah cuma, bukan pandangan manusia. Untuk mengharap hanya Allah untuk muliakan kita, bukanlah manusia. Untuk memuaskan hati Allah, bukanlah manusia.

Atau..

Mungkin juga teguran itu daripada Allah. Saat kita rasa kita dah bersungguh, saat kita juga bermujahadah setiap hari utk ikhlaskan hati utk berbuat kerana Allah semata. Saat kita berusaha utk ihsan dalam setiap pekerjaan. Saat kita mahu menzahirkan kesyukuran kita pada Allah melalui amal2 kita, seperti saja keluarga nabi Daud

"Bekerjalah kamu wahai keluarga Daud, untuk bersyukur." 34:13

Tapi, dari nilaian Allah, mungkin tidak cukup. Atau mungkin saja ikhlasnya tiada. Mungkin juga banyak kelompongan dan cacat celanya. Atau Allah nak tegur dari sisi lain, sejauh mana kita dah progress dalam hidup kita? Bertambah ke tidak amal. Sudah membesar ke kita dalam dakwah dan tarbiyah. Cukup bersungguh tak kita nak membina manusia. Benarkah cita2 kita nak mengagungkan kalimat Allah telah diertikan?

Berapa juz hafazan sudah dicapai?
Berapa buku fikrah sudah dikhatamkan?
Berapa liqo usrah sudah dibina?
Berapa taujih yang sudah ditaujihkan?
Berapa banyak amal yang bisa dikira?
Berapa hari qiam yang mampu diistiqamahkan?
Berapa helaian quran yang dibaca setiap hari?

Dan, mungkin "slow and no progression" ini yang diertikan oleh Allah kepada diri.

Allahummafaghfirli, ya Allah

Yang banyaknya, mungkin waktu tidur. 
Yang lajunya, mungkin perkara yang sia2. 
Yang hebatnya, kata2 yang tiada amalnya. 
Yang dikumpul, jahiliyyah yang tiada berkesudahan.

Allah. Allah.

Dan teguran itu, Allah hadirkan melalui sosok seorang manusia yang bergelar 'boss'
Dan boss yang lebih besar dan agung itu pastilah Allah

Segala teguran adalah satu pembinaan. Dan segala yang dari Allah, pastinya khair.

Menjadi seorang daie itu, seharusnya sentiasa progress ke depan. Tarbiyah itu sifatnya berubah, wajib ada perubahan dan peningkatan. Check semula diri, dah hampir sepuluh tahun tarbiyah, sebanyak mana diri dah terbina. Rasulullah mentarbiyah para sahabat selama sepuluh tahun, membolehkan sahabat menghadapi fasa boikot dan penyeksaan. Three years later, hijrah jauh meninggalkan Mekah dan segala yang disayangi. Fast forward, boleh pergi jihad dan berperang. Bergadai harta, darah dan nyawa. 

Can we do that?

Atau sifat kita masih seperti setahun jagung tarbiyah? 
Masih mahu bermanja dalam tarbiyah
Taknak berkorban walau sedikit pun
Masih beralasan untuk taknak beramal
Enggan berbuat lebih
Apatah lagi memberi nyawa kepada islam

Tarbiyah apakah itu 

Comments