Tiada yang indah



Non stop accepting cases for today. 

Mujahadahnya bila kena oncall sorang2 cover satu hosp. Selalu orang cakap, "Ala hospital orang asli boleh la, kalau oncall pun bedsore je. Tak macam hospital besar"

Little did they know, it's not always like that 😔 

Trust me, I've been in that hospital besar. Oncall in one of the busiest department, almost every other day oncall. Taking ED call, accepting 30-40 cases in average, kadang2 dah sampai esok pagi pun tak habis tengok case lagi. And the next morning, you still have the whole cubicle in ward for you to cover. I've been there, walking like a zombie, without sleep for more than 36 hours.

Orang kata, lain tempat lain ujiannya. Dan di setiap fasa kita, ada pembinaannya.

Lain dengan my current workplace. Everytime oncall, nak kena cover 4 ward, labour room and ED at the same time. Kalau serentak semua ada isu, memang mintak Allah belah je tangan kaki kiri kanan untuk attend patient sekaligus. 

BP high
Patient nak beranak
Case accident masuk
Gula tinggi
Patient collapse
Baby tak cukup bulan
Patient mabuk, kena pukul

Ulang alik, turun naik, keluar masuk. And the cycle repeats.

Dengan takda pakar to discuss anything yang tak sure. Takda boss untuk confirmkan management. Takda orang nak tolong kalau memang perlu sgt bantuan. Kalau salah, takda siapa nak betulkan. Patient mati, memang all the blame will be on your shoulder

"Junior doctor! Benda simple pun taktau. Kontrak? Lack of knowledge!"

Kadang2 kalau refer pun kena marah jugak.
"Yang ni pun takleh nak manage sendiri ke?" 
"What's the urgency? Takkan ni pun nak refer"
"Patient stable kan, you tengok je la"

Refer salah, tak refer salah.

Down? Sudah tentu
Selalu mengeluh? Countless time. 
Penat? Takyah cakaplah.
Nangis? Tak terkira
Rasa nak give up? Perasaan since houseman.
Takda future? Lagi2 isu kontrak ni
Rasa tak competent? Memang tak pandai pun
Nak quit? Pernah jugak isi borang
Menyesal amik medic? Haha kalau cakap menyesal, berdosa pulak

But, what keep me going? 

Kadang2 tak sure jugak kenapa masih memilih untuk bertahan
Kenapa tak cari jalan lain yang mungkin lebih membahagiakan. Mungkin

Almost every day sedih setiap kali balik kerja
Bukan tak redha, tapi sungguh mujahadah itu benar2 menguji

Untuk ikhlaskan hati kerana Allah semata
Untuk ihsan dalam setiap langkah
Untuk tidak mengeluh atas segala ujian
Untuk sentiasa bersabar dengan kesabaran yang cantik
Untuk meyakini rancangan Allah pasti yang paling baik
Untuk menyedari ada Allah bersama sentiasa
Untuk merespon menggunakan neraca Ilahi

Dan yang paling susah sekali, untuk menjadi seorang daie di tempat itu
Setahun berlalu? Seperti tiada kesan yang sudah ditinggalkan
Seolah2 tidak pernah dijalankan dakwah di situ

Allahumma faghfirli ya Allah

Again, what keep me going?

Saat rasa keseorangan dan helpless
Saat rasa tak pandai dan tak mampu

Ketika itu, harap Allah saja untuk bantu memberi ilham
Sungguh, yang menyembuhkan hanyalah Allah
Bila rasa tak terkejar semua benda, minta Allah saja untuk jaga patient supaya tak mati dulu. 
Bila rasa penat, tau je dunia ni memang tempat untuk berpenat lelah. 
Rasa takda harapan, yakin Allah saja pemilik segala harapan
Rasa lemah, ada Allah tempat bersandar dan memohon kekuatan
Rasa tak mampu, Allah cakap:-

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
"Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya"

Mungkin kerana Allah nak benar2 kita melepasi ujian ini sebelum diberi sesuatu yang lebih besar
Allah nak hati ini betul2 redha
Untuk bawa hati yang salim bertemu dengan Allah nanti

Hati yang tiada lagi perasaan kecewa terhadap takdirnya
Hati yang tidak selalu menyalahkan keadaan
Tetapi redha dengan setiap susunan kehidupannya
Jiwa yang sentiasa kembali kepada tuhannya
Hati yang bisa bermujahadah dan masih mampu tersenyum dengan ujian
Yang tidak pernah meminta untuk Allah memberikan yang lain
Hati yang tahu segalanya pasti yang terbaik untuk dirinya

Allah, betapa diri ni tak punya apa2. Lemahnya kami sebagai hamba. Tuntunlah kami sentiasa ya Rabb :(

#foreverstrugglingdoctor

Comments