Istiqamah

 "Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka dengan berkata, "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu."
Fussilat 41:30

Nak mengaku Allah sebagai tuhan itu mudah. Malah, setiap hari disebut2, dalam solat, mathurat, dalam setiap liqo usrah dan daurah. 

Aku mengaku tiada tuhan selain Allah
Aku redha Allah sebagai tuhanku
Katakanlah, Dialah Allah yang Maha Esa
Bukankah Aku ini Tuhanmu? Betul, kami bersaksi

Pengakuan demi pengakuan iman yang telah kita buat setiap hari.
But the hardest part, is untuk istiqamah dengan pengakuan itu. Untuk tetap beriman dengan Allah dalam apa jua keadaan dan ujian. Untuk tidak merasa goyah dan yakin sentiasa dengan Allah. Untuk sentiasa meletakkan Allah as priority kehidupan kita. Untuk tetap taat dan terus taat. Untuk tunduk dan patuh dengan segala perintah Allah. Untuk meletakkan seluruh sisi kehidupan kita kerana Allah. Untuk menyerahkan segalanya kepada Allah- harta, tenaga, masa malah jiwa kita sekalipun. Untuk benar2 beriman dengan ayat solatku, ibadahku, hidupku, matiku untuk Allah. Untuk sentiasa berada lurus di jalan yang benar sesuai dengan tuntutan keimanan. Tidak menyimpang atau menyeleweng dari garisan yang Allah dah tetapkan, tidak berubah oleh suatu hal atau pengaruh yang datang.

Dan sungguh, pengakuan itu perlu diiringi dengan satu tanggungjawab. Pengakuan keimanan yang butuh pengorbanan. 

Qolu Rabbunallah. Tuhan kami adalah Allah.
Tsummastaqammu. Kemudian mereka istiqamah dengan pendirian mereka.

Dan sebab pengakuan ini, Allah turunkan hadiah untuk manusia. Allah berikan malaikat as teman karib dan peneman kita, Allah bukan setakat mendatangkan orang2 beriman di sekeliling untuk membantu iman kita, tapi Allah memberikan kita kebersamaan bersama makhluk yang paling taat kepadaNya. Malaikat yang turun untuk mengucapkan tiga perkara pada kita

First, janganlah kamu berasa takut
Second, janganlah kamu bersedih hati

But why? Pernah terfikir tak?
Kenapa Allah sambut manusia yang mengaku Allah sebagai tuhan, dan yang ingin tetap tsabat, dengan ucapan supaya mereka tidak sedih dan tidak takut?

Sebab fitrahnya, orang yang nak istiqamah ni memang akan ada dalam hati dia, perasaan takut dan sedih hati. Dan Allah santuni perasaan kita dengan turunkan malaikat, seolah2 untuk memujuk kita. Pujukan direct dari Allah, bukan dari akhawat, bukan dari murobbi, bukan dari kawan2, bukan juga dari mak ayah kita. Tapi pujukan dari Allah melalui malaikat, dan special hanya untuk orang2 yang dalam hatinya mahu tetap istiqamah

Dalam Muntalaq ada sebut, "langkah pertama di jalan ini ialah pengorbanan jiwa"

Tanpa langkah pertama, kita takkan mampu nak melangkah ke fasa seterusnya. Dan pengorbanan jiwa sangat banyak menuntut emosi dan perasaan kita. Perasaan takut, dan perasaan sedih, exactly macam Allah sebut dalam ayat ni

Takut dengan benda yang tak pasti
Takut dengan ketidakmampuan diri
Takut dengan ujian yang pasti Allah datangkan
Takut dengan masa depan yang tak pasti

Dan di sini Allah hadirkan malaikat untuk pujuk manusia. Jangan takut, memang jalan ni susah, tapi Allah ada. Jangan takut, Allah akan tolong, Jangan takut, awak boleh buat. Jangan takut, yakin dengan janji Allah. Jangan takut, Allah yang berkuasa atas segala sesuatu

Dan perasaan sedih kita
Sedih dengan ujian dakwah
Sedih dengan kekurangan dan kelemahan diri
Sedih dengan nikmat yang Allah tarik
Sedih dengan kehidupan dunia
Sedih dengan amal yang tak cukup

At the end, Allah sambut perasaan2 kita ni dengan satu ungkapan untuk bergembira.
Bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.
Syurga tu tempat pengakhiran kita
Kat syurga nanti tempat kerehatan untuk kita, boleh minta apa saja pada Allah 

Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan di dunia dan akhirat, di dalam syurga itu kamu mendapat apa sahaja yang kamu inginkan dan yang kamu minta
Fussilat 41:31

Allah offer diri Dia as auliya' untuk kita. Allah hantarkan tentera2 Allah yang paling kuat sebagai pelindung kita. Pertolongan apa yang lebih kuat dari pertolongan Allah? Takda apa yang perlu kita minta lagi kalau dah dapat perlindungan direct dari Allah

Apa lagi yang kita perlukan bila Allah dah tugaskan malaikat supaya limpahan rasa aman dan tenteram ke dalam hati manusia dan sampaikan berita syurga yang menggembirakan manusia, dan seterusnya menolong manusia dalam both kehidupan dunia dan akhirat 😭

Tapi manusia, selalu tak yakin dengan Allah. Selalu sandarkan harapan pada usaha sendiri. Terlalu dissolve dengan kesedihan dunia sampai lupa kehadiran Allah as auliya' untuk kita. Nak istiqamah, tapi terlalu banyak ketakutan dan kesedihan. Patutnya perasaan2 ni kita serahkan pada Allah. Sebab kita sendiri pun tak mampu nak urus emosi kita

Qul amantu billah, tsummastaqammu
Jadikan Allah sebagai penolak kita. Kita nak mati dalam istiqamah di jalan ini. Selalu doa pada Allah untuk diberi hidayah untuk teguhkan hati kita di atas agama ini. Tentu saja untuk istiqamah sesuatu yang berat dan sulit. Sebab tu, orang2 yang mampu istiqamah layak diberikan nikmat yang besar di sisi Allah iaitu kebersamaan dengan malaikat, perlindungan dan kasih sayang mereka.

Dan istiqamah itu, perlu dilihat melalui amal, dan sumbernya lahir dari kelurusan hati kepada Allah. Istiqamah bukan setakat pada wasilah, selalu kita rasa selagi kita buat dakwah dan tarbiyah, kita still istiqamah dan tsabat. Bukan sekadar istiqamah menghadiri wasilah, tetapi sejauh mana kita istiqamah dalam kejujuran kepada Allah, sejauh mana kita istiqamah dalam mutabaah amal kita masa bersendirian, bukan sekadar istiqamah pada jasad, tapi istiqamah keseluruhannya.

Tiada jalan lain yang ada untuk tetap istiqamah selain dari berbuat


Ya muqollibal qulub, tsabit qulubana ala dinik

Comments