Hentakan demi hentakan

 


Pernah tak rasa Allah keep on uji kita dengan ujian yang sama, tapi every single time kita gagal. Every. single. time. 

Fail untuk respond dengan neraca tarbiyah
Fail untuk bersabar dengan sobrun jameel
Fail untuk upgrade diri
Fail untk maintainkan keperibadian muslim, apatah lagi peribadi seorang daie
Fail untuk terus ikhlas
Fail untuk ihsan dalam setiap amal dan perbuatan kita (sebab geram dan badmood dengan apa yang menimpa) 😥
Fail untuk berdiam diri, malah banyak mengeluh dan merungut

End up, kita rasa kita dah gagal jadi seorang manusia, kecewakan diri sendiri dan paling sedih kita dah kecewakan Allah. Sedih sebab tak dapat nak capai expectation Allah. We keep on questioning Allah, kenapa tak habis2 lagi ujian ni? Penat la. Tak larat dah. Tak mampu nak hadapi dah benda sama setiap hari.

Bosan dengan cycle yang sama.


Tapi...  


Tapi sebenarnya, ada satu benda yang tersembunyi dan kita tak tahu setiap kali ujian Allah tu datang. Boleh jadi bentuk dan cara ujian itu sama, tapi kita tak sedar mungkin ada sisi yang berbeza yang sedang Allah nak bentuk kita every single time

Hentakan pertama, mungkin Allah nak latih kita untuk bersabar
Hentakan kedua, boleh jadi nak test tawakal kita kepada Allah
Kali ketiga, Allah nak uji ketahanan jiwa kita pula
Keempat, sejauh mana kita yakin dengan susunan kehidupan kita
Kali kelima, Allah nak dengar keikhlasan doa dan rintihan kita, Allah rindu kita mungkin
Keenam, Allah nak jadikan kita kuat dan kental supaya ke depan2 nanti kita boleh hadapi ujian dengan senyuman manis nampak gigi
Ketujuh, kelapan, kesembilan dan seterusnya, pasti akan ada sesuatu rancangan Allah terhadap diri kita

Dan sudah pasti, semua ni kita takkan dapat dibina dalam diri kita sekaligus sekelip mata dalam sekali ujian

Bertubi2 datang ujian yang sama, dalam tak sedar kita, Allah sedang nak mencantikkan lagi akhlak dan peribadi kita. Bukan mengikut preference manusia, tapi mengikut acuan Allah, apa yang Allah nak

Datanglah berkali2 hentakan, ketukan, goncangan (eh dah macam gambaran kiamat dah ni 😅), ujian demi ujian, yakinlah dengan tangan Allah yang sedang membina kita. 
Relakan diri kita ditarbiyah oleh Allah, lepaskan diri untuk Allah bina melalui ujianNya

Yang ingin menjadikan kita lebih ikhlas
Yang mahukan kita hanya meletakkan Allah di dalam hati, tiada duanya
Yang ingin kita menjadi hamba yang lebih bersyukur
Dan yang paling penting, akhirnya nak membentuk kita menjadi manusia yang layak melangkah kaki ke dalam syurgaNya. 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta."
Al-Ankabut 29:2-3

Sabar dehh ❤

Comments