Allah uji sebab Allah sayang
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"
Al baqarah 2:155-156
Dan mcm2 lagi la jenis ujian kita. Tp last tu Allah ckp dan berilah kabar gembira kpd org2 yg sabar. Siapa org2 yg sabar ni? Iaitu org yg mengucapkan innalilahiwainnailaihirajiun. Dan kepada Allah lah kembalinya semua urusan. Kenapa eh Allah janjikan kabar gembira kpd golongan ni?
Sbb setiap ujian yg berlaku pada dia, dia akan kembalikan semuanya pada Allah. Bila dia dlm ketakutan, dia kembalikan diri dia kpd Allah, dia kembalikan perasaan dia kpd Allah. Rasa kekurangan jiwa? Sbb dia tahu jiwa dia pun bukan milik dia, malah Allah yg memegang dan control jiwa dia. Kekurangan harta dan kelaparan? Sbb dia yakin rezeki tu mmg datang dari Allah, dan tkda satu pun harta tu milik Allah, sebab tu dia tak rasa kehilangan bila Allah tarik semua tu, sbb dia tau bnda tu bukan milik dia
Tereflect pada diri sndiri, sejak balik malaysia (7 months 😰) sgt banyak Allah uji. Sangat banyak, smpai kadang2 diri rasa goyah dengan matlamat dnt. Aku nak apa sbnanya, ada je rasa nk lari, rasa tknk buat dah semua ni, rasa penat. Kadang diuji dengan akhawat, kadang diuji dengan mujahadah diri sendiri, ujian harta apatah lagi sejak2 menganggur dan tkda duit tu. Ujian tu datang satu persatu, smpai tahap yg rasa ke sbnanya iman aku yg tgh tk okay, sbb tu tkleh nk respond dgn setiap ujian tu mengikut neraca Allah
Setiap kali diuji, mesti emo. Rasa down setiap hari, rasa tkleh nk bangkit balik. Hm pastu td tadabbur ayat ni. Tiba2 rasa mcm mmg Allah sengaja bagi direct ayat ni. Allah nk tegur, sbnanya mayang sbb kau tk pernah kembalikan segala urusan kau kat Allah. Awk rasa ujian tu milik awak, perasaan awk milik awk, dakwah dan tarbiyah awk milik awk, akhawat dan murobbi dan adik2 milik awk, sbb tu bila Allah uji, awk down. Sbb awk kembalikan semua urusan dan ujian awk kpd diri sendiri. Sedangkan diri ni sgt lemah, sgt tkda apa2 utk selesaikan setiap ujian tu. Serahkan semua ujian tu pada kelemahan diri, sbb tu la jadi tk okay. Sdgkan Allah dh ckp dh, bila diuji, kembalikan la semuanya pda Allah. Bukankah yg dtgkan ujian tu ialah Allah? Bukankah yg beri kekuatan tu ialah Allah? Bukankah yg akan selesaikan masalah tu pun Allah? Yg akan keluarkan kita dari ujian pun Allah? So kenapa nk serabut sorang2 fikir dan makin down dan makin down? Allah dah wakilkan diri Dia dah utk bantu kita, tp kita tknk pun tawaran Allah. Masih lagi nk berlagak sombong konon diri sndiri boleh handle. Yg pada akhirnya, terbukti mmg diri ni sgt lemah dan tak mampu pun utk buat apa2, even utk bertahan pun tk mampu 😔
Allah dah offer dh kat kita, kembalikan semuanya pada Allah. Biar Allah yg handle. Biar Allah yg uruskan. Hati kita, masalah kita, ujian kita, serahkan semuanya kembali pada penciptaNya.
InshaAllah, things will be better 🌹
Comments
Post a Comment