Hamba yang melampaui batas

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)."
Az-zumar 39:53-54

Satu seruan yg sgt lembut dari Allah utk hamba2 Dia. Bila kita claim kita hamba Allah, in which automatically, menjadikan kita ni sepatutnya tunduk patuh pada Allah setiap masa, sbb tu mmg fitrah manusia kan? Tp sbb Allah ni mmg sgt kenal hamba Dia, di mana kadang2 akan ada je masa yg kita ni akan melampaui batas, sbb kita kn sentiasa berperang dgn syaitan. Tapi betapa besarnya rahmat Allah, Allah seru balik kita, dgn satu panggilan yg sgt2 lembut, Allah panggil, wahai hamba2Ku yg melampaui batas terhadap mereka sendiri. 

Satu panggilan yg sgt menenangkan jiwa kita. Panggilan utk kembali kpd rahmat Allah. Seruan utk kita yg kdg2 dh sgt byk buat silap kt Allah. Ayat ni menyeru kpd harapan dan kpd ampunan Allah. Sbb Allah tahu kelemahan2 kita. Allah tahu byk bnda yg kadang2 menguasai diri kita, sbb kita nk je sembah Dia sorg, tapii biasalah kita kan manusia, senang lupa and Allah tahu, dan Allah dgn rahmat Dia, ingatkan kita balik ttg rahmat Allah yg sgt luas.Allah offer keampunan dia terhadap semua dosa kitaa. Pada saat manusia ni selalu berputus asa, igt balik ayat ni, seruan kasih sayang dan sapaan kelembutan dari Allah. Pintu keampunan yg tk memerlukan permintaan izin bg siapa saja yg nak masuk ke dlmnya 

Jangan give up. Never too late utk rasa balik kasih sayang Allah.Allah ada je tu tgh tgk kita. Allah tahu je, kita ni sangat lemah. Sampai ada hadis ni. 

"Amal seseorang dari kamu tidak akan cukup untuk memasukkannya ke syurga. " Tidak juga engkau, wahai Rasulullah?" Para sahabat bertanya. Beliau menjawab, "Tidak juga aku, melainkan kerana Allah meliputi aku dengan rahmat dan karuniaNya" 
(HR Muslim) 

Ya Allah besar betul rahmat Kau. All i have to do is just do it. Buat la, present the best to Him. And Dia takkan sekali2 punn zalimi kita. Tambah lagi Dia akan bagi rahmat yg melimpah sebab dia sayang n redha ngan kita 

Allah paham sangat yang kita tak mampu nak layakkan diri ke syurga, sebab tu Dia tetapkan dirinya dengan kasih sayang and rahmat tu. And actually kita tak mampu pun untuk beramal utk balas balik apa yg Allah dah kasi kita selama ni. If tak, memang kita ni takkan ke maa.

So takpa laa, even if kita rasa tak kuat, tapi kan Allah kata, Dia ada. Tak cukup ke Dia? Dia yang akan tatang kita, tunjukkan jalan ke syurga. Atas rahmat Dia tu, Dia akan balas dengan sempurna semua struggles dan mujahadah kita kat dunia. 

Sebab iman memang takkan terbina tanpa susah, struggles and ujian. Tu la antara jalan2 yang Allah provide untuk ke syurga, through ujian yang buktikan iman kita. 

Comments