What about your prayers
"Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan hati yang sedih"
Surah al-qalam ayat 48. Allah ingatkan rasulullah dengan kisah nabi yunus.
Terkesan part nii, ketika dia berdoa dengan hati sedih
Ingat lagi tak kisah yunus bilamana dia buat satu kesalahan yg sgt besar, dan Allah letakkan dia dlm kegelapan perut ikan nun yg sgt gelap utk beberapa ketika. Sepanjang masa tu, tk pernah berhenti dia bertaubat dan memohon ampun kpd Allah. Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. "Tidak ada tuhan selain engkau, mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang2 yg zalim"
Satu doa yg tanpa henti diucapkan oleh nabi yunus. Seorang nabi, yg setelah sedar dgn kesilapannya, tanpa rasa penat, berterusan dia bertaubat pada Allah. Tanpa lelah dan tanpa putus asa, berterusan dia mensucikan Allah dan mengaku kesilapannya, bahawa aku lah termasuk orang2 yg zalim
Terkesan dgn ayat tadi, bagaimana cara nabi yunus berdoa. Dengan hati yg sedih. Bagaimana dia menghadirkan hati yg sgt sedih memohon kpd Allah. Merefleksi doa2 yg diri sendiri panjatkan setiap hari. Sejauh mana kita berdoa kpd Allah dgn hati yg betul2 sedih menginsafi kesilapan kita. Sejauh mana kita merintih kpd Allah dgn hati yg betul2 mengharapkan Allah mendengar kita. Sejauh mana kita meminta mcm2 kpd Allah, utk ampunkan kita, utk beri kekuatan kpd kita, utk teguhkan kita dlm jalan mencari redhaNya, sejauh mana semua doa2 kita, kita hadirkan satu hati yg betul2 tunduk dan menyerahkan segala urusan kpdNya, atau kita hanya sekadar berdoa as satu rutin dan kebiasaan, tanpa faham pun apa yg kita doakan
Jangan ditanya kenapa Allah belum makbulkan doa2 kita. Mungkin dalam setiap doa kita, kita terlupa letakkan tawakal. Lupa untuk serahkan urusan, lupa utk serahkan hati dan pengharapan kita secara total kpd Allah. Allahu Allah 😢
Bila kita berdoa, amik masa sekejap, angkatlah tangan, dan mintalah apa saja kpd Allah. Minta dgn hati yg betul2 beserah, minta dgn sungguh2, mintak dengan hati yg qalbun saleem, sungguh, Allah sgt rindu rintihan hamba2Nya.
Dan, jangan lupa utk doakan semua orang jugak. Doakan ibu bapa, saudara semuslim, kesejahteraan diri dan keluarga, doakan utk kemenangan islam, doa utk dimasukkan dlm syurga, doakan kita semua bersama. InshaAllah, Allah sentiasa mendengar doa hambaNya yg ikhlas. Sebab Allah Al-Mujib, yg Maha Mengabulkan segala doa ❤️
Comments
Post a Comment