Talut Jalut
Rindu mukhayyam, mukhayyam yang paling power, sebab dia tak militan sangat pun, tapi dia main perang saraf punya psycho. Byk bermain dgn emosi. Sbb satu rules je, tp dia buat diri fail banyak kali. Rules yg buat rasa separuh mati. Rules apa? Bekalan air utk setiap group satu botol je sepanjang hari dr pagi smpai malam. Kena share 14 org. Okay je klu tk buat ppe, tp sbb pergi trekking, pergi kayak, aktiviti pack, tgh panas, mmg tak tahannn. Tp fail, sbb pergi minum air tasik dengan air paip. Kerja gila. Rasa mcm talut jalut, kena tapis.
Selalunya biasa je buat aktiviti2 lasak ni, pergi trekking, dulu kt india slalu je buat. Tp kali ni rasa mcm trekking yg paling horror sepanjang hidup. Bukan sbb trek dia pun, tp betul2 sbb tkda air nk minum. Masa tu la nk apply itsar dgn akhawat, nk apply kena sabar. Sepanjang perjalanan tu, masa tu baru betul2 rasa dgn ayat Allah yg Allah janjikan syurga2 yg megalir di bawahnya sungai2, patutla sahabat dulu mmg obsesi dia syurga, sbb keadaan dorg dulu mmg teruk sgt. Sbb panas dia ya Allah panas sangat. Masa tu mmg emosi habis, asyik merungut je. Tu yg rasa smpai separuh mati, sbb betul2 tk larat. Dah la checkpoint2 dia pn kena main game dahsyat2, Allahu hanya Allah je tahu perasaan masa tu.
Tapi bnda yg paling terkesan is masa sanggup minum air tasik tu. Air tasik tu sangatla kotor. Dari jauh boleh nmpak jentik2, and tau je content dia ada apa, bacteria, pseudomonas, e. coli, confirm penuh. Tp sbb desperate sgt, dh tk peduli dah dgn sume bnda tu. Sanggup je nk tanggung risiko tu. Sbb keadaan masa tu yg sgt terdesak. Betul2 tk larat dh nk teruskan perjalanan, and masa tu betul2 rasa yg air tu je yg akan bg energy balik. Air tu je yg hidupkan diri sendiri balik. Ada akhawat yang siap mandi dengan air tasik tu hehe. And of course buat kerja senyap2 belakang murobbi 😂 Mmg tk fikir banyak, redah je minum air tu. Smpai dua cawan minum, siap tapau dalam botol untuk bekal perjalanan balik. Tapi alhamdulillah smpai skg tk sakit perut lagi hehe
Pastu lps minum tu, mmg betul la. Rasa segar sikit, rasa boleh la sikit nk jalan lagi. Tkdala rasa nk mati sgt. Tapi, sgt tekesan la. Disebabkan satu keyakinan yg hanya air tu yg akan hidupkan diri balik, sangat snggup utk tanggung apa2 risiko, sanggup utk tolak tepi segala side effect yg tk pasti pn akan jadi ke tk, sbb yakin bnda tu yg akan hidupkan kita. Tp kenapa real life dnt tkleh nk buat mcm tu pn. Kita yakin je buat dnt la yg akan hidupkan kita. Tp kenapa realitinya, diri sendiri sgt takut nk buat byk bnda. Sgt byk fikir consequences, sgt byk bg alasan, sgt takut nk hadapi risiko. Takut adik tu la, takut nnt jadi apa la, takut apa org fikir, takut tk muntij, takut tu, takut ni. Takut nk redah bnda baru, takut nk cuba cara baru, takut kena reject, takut gagal, takut adik tk menjadi, etc etc. Padahal kita tau je yg bnda ni yg akan hidupkan kita, knp kena penuhi diri dgn segala ketakutan. Buat je, hadapi je semua risiko tu, kita tkkn tau pun kedepan tu Allah akan kasi apa. Allah jugak yg hidupkan kita. Allah jugak yg bg kemenangan utk kita. Allah jugak yg akan bg kekuatan utk kita teruskan perjalanan dnt. Pastu kenapa byk sgt ketakutan yg menghantui diri
Belum berakhir di situ, balik kem, rehat jap tdo. Bangun tdo tu yg mashaAllah rasa kering sgt tekak. Pstu buat la projek ngn akhawat. Pergi minum air paip kt belakang khemah. Rasa loser sgt tp betul2 dh tk tahan and again, mmg tk fikir byk utk mulakan langkah pegi pili air and teguk air paip tu. Btw, air paip tu berkarat colour coklat
Klu perang betul ni, mmg confirm2 aku la org pertama yg Allah akan tapis
Sepanjang mukhayyam tu mmg sgt tk sabar nk balik sbb nk minum mcm2, nk makan mcm2. Dh plan dh otw balik kl, nk singgah kedai ni nk beli ni, nk singgah rnr, nk beli tu. Mmg dh listkan dh, dh plan ngn akhawat. Tp masa habis je mukhayyam tu, Allah betul2 hilangkan semua perasaan tu. Tkda dh rasa nk minum air sejuk, tkda dh rasa nk pi singgah kedai beli air, tkda pn rasa nk minum mcm2, makan mcm2. Betul la, masa diuji, semua bnda tu nafsu je. Nk tu nk ni, tp bnda tu tkda apa pn sbnanya. Dunia.
Mcm tu la dunia, keinginan kita sgt byk. Nak penuhi nafsu kita yg tk penah berkesudahan. Tp masa dh habis tempoh dunia tu, kita tkkn ada rasa ppe dah kt sume nafsu kita tu. Rasa mcm eh, la tk best pn sbnanya apa yg kita nk tu. Seriouss, masa balik tu singgah rnr minum teh o ais, perasaan dia mcm ni, ekelehh tkla sedap mana pn air ni, biasa je. Knp masa mukhayyam rasa nk sgt minum air sedap, padahal biasa2 je. Takut sgt masa akhirat ada perasaan mcm tu, apasal la yg kau ni dok kejar sgt sume bnda2 dunia yg kau rasa best sgt, sbnanya bila kt akhirat bnda tu ekeleyy tk best langsung pn sbnanya. Okay jom kejar akhirat yang pasti
Rindu mukhayyam
Comments
Post a Comment